Memantapkan Iman

Assalamualaikum w.b.t !


Alhamdulillah . Syukur kepada Allah SWT . hari nie aku still diberikan peluang untuk mengUPDATED lagi blog pusaka nie . Hehee . Dan pada kali ini , aku mau share tentang langkah-langkah yang dapat kita praktikkan bersama , ok ! Khusus untuk aku dan kamu semua yang bergelar 'Muslimin dan Muslimat'.
Untuk memantapkan iman dan taqwa , beberapa langkah perlu kita usahakan :

  1. Belajar hal agama dan memahami aqidah Islam yang benar, baik tentang keimanan ataupun syariat serta mengamalkannya. Kemantapan aqidah merupakan sumber keimanan..
  2. Memahami dengan yakin konsep takdir menurut syariat Islam. Jika kita faham segala kenikmatan dan rezeki ketentuan Allah SWT , mereka tentu tidak cemburu kepada orang lain jika mereka tidak memperolehinya..
  3. Yakinlah bahawa semua nikmat yang diperolehi berasal daripada Allah SWT dan Dia yang memberikan kepada seseorang sesuai dengan hikmah yang diinginkan-Nya.. Ingatlah , boleh jadi kenikmatan yang Allah SWT berikan kepada orang lain itu tidak sesuai dengan kita..
  4. Mengamalkan seluruh syariat Islam tanpa banyak mempersoalkan itu dan ini ...
  5. Berusaha memenuhi hak saudaranya sesama Muslim dan mencari teman yang boleh mengingatkan kesalahannya..
  6. Selalu mengingati kematian dan pembalasan Allah SWT di akhirat akibat hasad dengki..
  7. Bersyukur terhadap nikmat yang dianugerahkan kepadanya kerana Allah SWT suka kepada orang yang mempunyai sifat qanaah . Sifat inilah yang akan membawa seseorang pada taqwa..

Alhamdulillah .. Itu lah dia langkah-langkah untuk memantapkan iman yang dapat aku kongsi pada entry kali ini .. Sebenarnya segala isi berkaitan dengan entry aku nie , aku petik daripada majalah Solusi ..
[kredit untuk majalah Solusi]
Banyak info yang menarik berkaitan dengan agama Islam yang dapat kita ambil .. Oleh kerana aku suka baca majalah tu , jadi aku pun ambil sedikit petikan dan isi-isi yang bermanfaat buat kita semua .. Apa-apa pun , niat aku untuk berkongsi maklumat dan pada masa yang sama , aku memperingatkan diri aku sendiri untuk berusaha mengikuti langkah-langkah seperti di atas demi memantapkan keimanan .. Lakukan semata-mata kerana Allah .. Aku juga ada mendengar ceramah dari radio IKIM.fm tadi .. Tapi aku lupa laa nama ustaz yang bagi ceramah tadi .. Huhu .. Never mind , yang penting aku still ingat apa yang dia cakap berkatian dengan 'menjadi yang lebih baik'.. katanya lebih kurang macam nie :
''.....biar kita sentiasa jadi yang no.2 . sebab , kalau orang yang berada di no.2 nie , dia akan sentiasa berusaha untuk menjadi no.1 . tapi , kalau orang yang memang dah no.1, dia nak jadi nombor berapa lagi ? jadi biarlah kita sentiasa menjadi no.2 .. biar sentiasa ada usaha untuk menjadi yang lebih baik.....''
''...... jangan mudah berpuas hati kalau dah jadi yang terbaik . kita haruslah selalu berusaha lagi dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi yang lebih baik lagi ... sebab , kita terbaik hari ini , mungkin esok tidak lagi .....''

Huhu .. Ok .. Itu laa seja yang dapat aku kongsi untuk hari nie .. Ambil yang baik , buang yang buruk .. Segala yang baik tuu datang daripada Allah SWT , dan segala yang buruk itu semestinya dari diri aku sendiri .. Kalau ada silap dan salah , mohon perbetulkan , ok .. P E A C E !!

thats all for today.. keep in touch ! babai :)

mantapkan iman

No comments: